BLoG pAnAS beRgeRAk

movie, mp3, lyrics, artist, singer, actor, film, video, gossips,blogging tips,

WANNA NOE ME

not an ordinary person... simple and enjoy reading books and surfing internet... i am cat maniac.. Feel free to be my frenz by adding my friendster account... OK...SEE YA...

WHAT"S HOT TODAY

Chelsea loss to Barnsley in QF CARLING CUP...a nightmare night for chelsea players

Linda Hashim antara berlakon dan perancang perkahwinan

KEBANYAKAN artis yang telah lama menceburi bidang lakonan, akhirnya mereka akan memilih untuk menjadi penerbit atau pengarah sebagai tanda pencapaian maksimum mereka dalam bidang lakonan.

Tetapi berlainan sekali dengan pelakon remaja yang telah mencipta nama dan popularitinya sendiri Norhazlinda Hashim, 23, atau lebih dikenali sebagai Linda Hashim. Gadis bermata galak ini mula menceburi bidang lakonan seawal usia lima tahun kerana sering mengikut allahyarham ibunya, Zurinah Ariff berlakon drama terbitan HVD pada awal 1990an .

Linda yang mula mencuri hati para peminat drama tempatan melalui drama komedi bersiri Ayahku Kahwin Lagi (TV9) sebagai Seri, gadis kampung yang lurus bendul dan watak antogonis sebagai Durani dalam drama Durani (Astro Ria), memilih bidang perniagaan yang berhubung kait dengan perkahwinan sebagai masa depannya.

Erin & Erina Sequins yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu bersama kakaknya, Erin Hashim menjadi titik tolak untuk Linda meneruskan kerjayanya selain bidang lakonan.

“Sebenarnya berlakon ni penat, banyak kerenah. Bayangkan sudah lebih 10 tahun Linda berlakon, pelbagai pengalaman yang Linda tempuhi. Jadi untuk menjamin kehidupan di masa depan Linda mahu sesuatu yang lain daripada bidang lakonan.

“Setelah berbincang dengan kakak Linda, Erin tanpa menggunakan modal yang banyak kerana kami mula dengan apa yang ada, misalnya mekap dan sepasang pakaian pengantin. Dari situ bermula perniagaan kami yang mana sehingga hari ini kami mempunyai segala yang diperlukan untuk majlis perkahwinan. Seperti pelamin, pakaian pengantin, kanopi, katering dan kenderaan untuk pengantin yang semunya berhubungkait dengan majlis perkahwinan.

“Melalui syarikat kami ini, Linda dan kakak menyediakan pakej antara RM20,000 hingga RM100,000 untuk pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Perancangan kami bermula dari hari akad nikah mereka, persandingan dan kenduri serta makan minum para tetamu pasangan pengantin.

“Selalunya mereka membayar permulaan sebanyak 20 peratus setahun sebelum majlis dan 40 peratus lagi sebulan sebelum majlis berlangsung. Sementara bakinya sebanyak 40 peratus akan dibayar dua hari atau seminggu setelah majlis berakhir,” cerita Linda Hashim ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Linda, kadang kala ada pengantin yang bermasalah membayar baki bayaran mereka selepas menunggu sehingga setahun.

“Bukanlah semuanya begitu tetapi kadangkala dalam sepuluh majlis yang kami kendalikan adalah satu yang tersangkut bayarannya sampai setahun dan kami terpaksa ‘mengejar’ untuk mendapatkannya,” cerita Linda dan kakaknya sambil ketawa.

Turun padang bersama kakak
Walaupun sudah mencipta nama sebagai pelakon, namun Linda tidak pernah meletakkan benteng pemisah untuk beliau melakukan tugasannya dalam syarikat yang dibina sejak empat tahun lalu.

“Selalunya cuti sekolah dan hujung tahun adalah waktu yang paling sibuk untuk Linda dan Kak Long (Erin) kerana dalam sehari itu kadangkala sampai lima pasang pengantin yang harus kami uruskan majlis perkahwinan mereka.

“Apabila tiba waktu begini, Linda dan Kak Long akan menghantar pekerja kami untuk membina pelamin pengantin berkenaan sementara yang berkaitan dengan majlis seperti kanopi dan jamuan untuk majlis diuruskan oleh kami dengan bantuan suami Kak Long, Saiful Hashim (bekas pelakon). Kami akan berkunjung ke rumah berkenaan untuk memastikan semuanya sempurna dan berjalan lancar.

“Jika tiba saat begini, Linda dan Kak Long hanya akan kendalikan majlis yang membuat tempahan lebih awal. Tetapi itu tidak bermakna majlis yang lain kami abaikan.

“Selain membuat pelamin bersama Kak Long, Linda juga turut mekapkan pengantin untuk memastikan mereka puas hati dengan pakej yang mereka ambil dengan kami,” kata Linda lagi.

Tidak sabar tunggu April
Apabila ditanya mengenai perancangannya lagi, Linda yang begitu sibuk dengan jadual penggambaran drama memberitahu beliau tidak sabar menunggu April yang akan tiba tidak lama lagi.

“Insya-Allah jika penggambaran selesai pada waktunya, April nanti Linda mahu menunaikan umrah bersama ayah, Hashim Yusof, 49. Sudah lama Linda nak bawa ayah menunaikan umrah tetapi jadual yang ketat menyebabkan rancangan itu tertangguh-tangguh,” kata Linda.

Sementara itu, Hashim Yusof ketika ditanya mengenai Linda, terus-terang berkata: “Sebagai ayah, saya tahu apa juga aktiviti Linda dan saya yakin dengan kejujuran Linda dalam menjalani kehidupan sebagai artis sebab dia bukan baru berlakon, sebaliknya sejak kecil dia sudah menceburi bidang ini kerana mengikut arwah ibunya berlakon.

“Sebab itu walaupun ada gosip-gosip liar yang tersebar mengenai Linda, saya tak ambil kisah kerana saya tahu siapa sebenarnya Norhazlinda Hashim.”

1 comments:

  1. Anonymous said...
     

    sy minat die blakon.. moga terus cemerlang yer..

Post a Comment