BLoG pAnAS beRgeRAk

movie, mp3, lyrics, artist, singer, actor, film, video, gossips,blogging tips,

WANNA NOE ME

not an ordinary person... simple and enjoy reading books and surfing internet... i am cat maniac.. Feel free to be my frenz by adding my friendster account... OK...SEE YA...

WHAT"S HOT TODAY

Chelsea loss to Barnsley in QF CARLING CUP...a nightmare night for chelsea players

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki

Pada lelaki yang kurang memahami wanita dan untuk renungan buat sahabat-sahabatku. ... ..


wanita tidak semestinya memerlukan lelaki.tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Tika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga.

Lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian,kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih.



Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...

0 comments:

Post a Comment