BLoG pAnAS beRgeRAk

movie, mp3, lyrics, artist, singer, actor, film, video, gossips,blogging tips,

WANNA NOE ME

not an ordinary person... simple and enjoy reading books and surfing internet... i am cat maniac.. Feel free to be my frenz by adding my friendster account... OK...SEE YA...

WHAT"S HOT TODAY

Chelsea loss to Barnsley in QF CARLING CUP...a nightmare night for chelsea players

Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

Wanita kelahiran Sabah cuba jatuhkan Howard

MELBOURNE: Seorang wanita kelahiran Sabah adalah antara perancang utama Parti Buruh Australia (ALP) untuk menewaskan kerajaan Perdana Menteri John Howard dalam pilihan raya umum Australia pada Sabtu ini.


Senator Penny Wong Ying Yen,yang dilihat sebagai bintang sedang menyinar dalam politik Australia, telah berada di ibu pejabat ALP di Sydney sejak enam minggu lepas untuk merancang kekalahan Howard dan parti gabungan Liberal-National pimpinannya yang telah berkuasa sejak 11 tahun lepas.


Wong, 38, wanita kelahiran Asia yang pertama dipilih ke Parlimen Australia, adalah anak kepada arkitek dari Kota Kinabalu, Francis Wong Yit Shing.



Beliau datang ke Adelaide ketika berusia lapan tahun dan selepas pengajiannya menjadi seorang peguam sebelum memenangi kerusi Senat pada 2002 bagi mewakili negeri South Australia.

Jika ALP, yang diketuai Kevin Rudd memenangi pilihan raya kali ini, Wong dijangka dilantik menganggotai kabinet pusat.

Beliau kini merupakan jurucakap parti itu mengenai hal-ehwal pentadbiran awam dan akauntabiliti selain mengenai penyertaan tenaga kerja dan tadbir urus korporat.

Wong juga diramal menjadi Ketua Senat di masa depan, menjadikannya ahli politik ketiga paling berpengaruh di Australia selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Menjelang pilihan raya ini, beliau diberi tanggungjawab besar membuat persiapan ke arah peralihan kerajaan jika ALP menang. BERNAMA

Bicara Tandas Awam

Pengerusi MBM ada menyuarakan tentang menwujudkan tandas uniseks yakni lelaki dan perempuan berkongsi tandas yang sama. Walaupun masih di peringkat cadangan, perkara ini jelas sekali bertentangan dgn budaya Timur.

Ok kita lihat antara alasan yang beliau beri:

1-Mewujudkan sikap menghormati antara pengguna berlainan jantina
2-Mengurangkan gejala sosial
3-Memupuk sikap berdisiplin dan menjaga kebersihan



Hurm...mcam pelik je alasan ni..so korang leh la kasi pendapat.


OK..Jom Variasikan minda anda dgn lihat simbol2 pintu tandas di luar negara..jgn plan nak buat jugak kat mesia sudah...huhu







Kapal Kargo Terbesar di Dunia




Kapal kepunyaan Denmark ini mempunyai panjang 1302 ft dan lebar 207 ft seberat 123 200 tan. Mempunyai kapasiti kargo 15 000 TEU.
Besarkan..cuba teka apa nama kapal ni??
EMMA MAER$K
tanda $$ tu sebb kos dia US 145, 000, 000 cukup untuk menampung perbelanjaan korang selama 150 keturunan...



Telefon Anda Dicuri..Ketahui No Siri Hanset Anda

Ini adalah satu maklumat penting yang bermanfaat untuk dikongsi bersama serta di ketahui ramai untuk mengelak telefon anda dikegunakan selepas kecurian.

Untuk mengetahui Nombor Siri handset telefon bimbit anda: Sila dail - star hash zero six hash (atau begini *#06#). No. Siri 15 digit akan muncul terpapar di skrin handset anda. Catatkan No. Siri ini dan simpan di mana-mana untuk rujukan anda kemudian. Apabila handset anda di curi orang atau pun kehilangan, telefon saja "telco' (syarikat pembekal perkhidmatan GSM anda seperti 012, 019, 013, 016, 017, dll) dan berikan No. Siri handset anda ini.

Dengan adanya nombor ini, mereka (telco) boleh blok penggunaan handset telefon bimbit anda itu. Dengan ini walau pun pencuri tersebut bertindak menukar kad SIM, handset telefon bimbit anda itu tidak akan boleh digunakan langsung. Jadi dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau pun menjualkannya kepada orang lain.

Jika semua orang pemilik handset telefon bimbit lakukan langkah bijak ini, tiada sebab untuk sesiapa cuba mencuri handset lagi.

Majukan mesej ini kepada semua ahli keluarga serta kawan-kawan anda yang mempunyai handset dan marilah kita sama-sama membantu dalam membenteras kegiatan mencuri telefon bimbit ini. Mereka akan terpaksa cari kerja lain yang lebih berfaedah!

Cubalah sendiri dulu untuk melihat nombor siri telefon bimbit anda sekarang!